December 4, 2015

Sudah beberapa hari mati

Jenazah juruteknik makmal sekolah, Muhamamd Hafiz Che Kamaruddin , 31, (gambar kecil) yang ditemui meninggal dalam kuarters Sekolah Menengah Sura dibawa ke Hospital Dungun. - Foto ROSLI ILHAM

Dungun: Seorang juruteknik makmal komputer berusia 31 tahun ditemui mati dalam kuarters guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sura di sini, pagi tadi.

Muhammad Hafiz Che Kamaruddin dipercayai meninggal dunia sejak beberapa hari lalu berdasarkan keadaan mayatnya sudah berbau ketika ditemui.

Isteri dan anak mangsa dikatakan berada di Perak sempena musim cuti sekolah manakala mangsa tinggal sendirian di kuarters terbabit.

Kematian mangsa disedari seorang guru yang ke rumah mangsa apabila mendapati dia sudah dua hari tidak ke sekolah.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaakub mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

myMetro 3 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment