December 9, 2015

Separuh mati telan air

KEADAAN kereta mangsa yang terjunam ke dalam Sungai Bunus (gambar kecil).

Kuala Lumpur: Dua pegawai khidmat pelanggan syarikat kewangan antarabangsa nyaris mati lemas selepas kereta dinaiki menjunam ke dalam Sungai Bunus, di sini.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi semalam, kereta Honda CRZ berwarna merah dipandu wanita tempatan dikenali Shamala Devi, 33, bersama penumpang lelaki warga Pakistan, Awais Rahman, 30.

Difahamkan, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Jalan Sultan Ismail menghala ke Jalan Munsyi Abdullah, di sini.

Pegawai Turus Siasatan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu wanita itu hilang kawalan lalu merempuh palang besi penghadang jambatan sebelum terhumban ke dalam sungai.

Menurutnya, kereta itu terhumban dari ketinggian lebih 10 meter ke dalam sungai.

myMetro 8 Dis 2015


0 comments:

Post a Comment