December 6, 2015

Sebelas penumpang bas cedera

IHSAN Bomba dan Penyelamat

Ipoh: Sebelas penumpang cedera selepas bas persiaran mereka naiki merempuh belakang treler tanpa muatan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, dekat Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Rozmi Che Hamat yang mengetuai operasi menyelamat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian 1.40 petang dan sebelas anggota terbabit dalam operasi itu.

"Kemalangan membabitkan bas persiaran yang membawa penumpang dari dari Cameron Highlands. Maklumat awal mendapati bas terbabit hilang kawalan sebelum merempuh treler berhenti di tepi jalan.

"Sebelas mangsa yang cedera termasuk dua pemandu bas. Enam daripadanya adalah penumpang perempuan dan lima lelaki.

“Bagaimanapun tiada mangsa tersepit dan mereka diberi rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dihantar ke hospital menaiki sebuah van EMRS bomba dan dua ambulans," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurutnya, semua mangsa hanya cedera dan operasi selesai pada 3.30 petang.

"Penumpang lain yang tidak cedera pula ditempatkan di Balai Bomba Simpang Pulai bagi menghilangkan trauma sementara menunggu bas gantian," katanya.

myMetro 5 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment