December 31, 2015

Rindu mak

RAJAB menunjukkan gambar ibunya yang terpisah 20 tahun lalu.

Kuala Lumpur: Rindukan ibu menyebabkan dua beradik warga Iran sanggup mengumpul wang datang ke negara ini bagi menjejaki ibu kandung warga Malaysia yang terpisah 20 tahun lalu.

Pasangan adik beradik, Shabir Ghiyasi, 26, dan Rajab Ghiyasi ,30, berasal dari Karaj, Iran, yakin ibu kandung mereka dikenali sebagai Mariam masih lagi hidup.

Rajab berkata, mereka kali terakhir bertemu ibu kandung ketika masing-masing berusia 10 dan 15 tahun.

Menurutnya, ibu mereka tinggal di Iran selepas berkahwin dengan bapanya namun mengambil keputusan pulang ke Malaysia.

“Ketika itu saya berusia 10 tahun, ayah berkahwin lain menyebabkan ibu merajuk dan terus pulang ke Malaysia sehingga kini.

“Bermula sejak itu, saya dan adik tidak menerima sebarang khabar berita mengenai ibu kerana kami terpaksa tinggal bersama ayah di Iran,” katanya.

Menurut Rajab, ayah ada memberitahu ibunya berasal dari Ipoh, Perak.

“Ibu saya dikenali dengan nama Mariam di Iran tetapi nama sebenarnya adalah Ong Si Si yang kini jika masih hidup berusia 55 tahun.

“Saya akan berada di Malaysia sehingga 4 Januari ini semata-mata untuk mencari ibu kandung yang sudah lama tidak ditemui,” katanya.

Rajab berkata, dia berharap rakyat Malaysia yang mempunyai maklumat berhubung ibunya itu dapat menghubunginya di talian 011-12879137 dan 0098-93345728777,” katanya. 

myMetro 31 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment