December 1, 2015

Peragut tersungkur motosikal terbabas

GEORGE TOWN - Tindakan licik seorang lelaki yang bertindak meragut beg tangan seorang wanita di sebuah premis makanan di Lebuh Melayu di sini hari ini akhirnya memakan diri apabila dia berjaya diberkas orang awam kurang beberapa minit kejadian berlaku.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, suspek berusia 36 tahun dikatakan tersungkur di persimpangan jalan di situ selepas motosikal yang ditunggangnya seorang diri dihalang seorang pemandu kereta.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, perbuatan suspek berjaya disedari orang awam dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

"Tindakan pantas orang awam berjaya menghalang suspek daripada melakukan kegiatan ragut," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. - K! ONLINE

Kosmo 1 Dis 2015

0 comments:

Post a Comment