December 21, 2015

Penuntut UiTM maut di LPT2

Siti Naaima maut di LPT2 pagi tadi. FOTO Rosli Ilham

Chukai: Penuntut wanita Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub, Pahang maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 271.7, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Cheneh, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10.45 pagi itu, mangsa, Siti Naaima Samsuni, 19, berasal dari Taman Sri Lambak Kluang, Johor, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Siti Naaima, penuntut Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam, dikatakan dalam perjalanan pulang ke kolejnya selepas bertemu rakan lama di UiTM Dungun.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, akibat rempuhan kuat itu, arwah tercampak keluar dari kereta dan kepalanya terhantuk pada konkrit jambatan yang berada di laluan kanan lebuh raya berkenaan.

"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan urusan pengebumian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi, hari ini.

myMetro 20 Disember 2015



Pelajar UiTM Raub maut tercampak keluar dari Perodua Myvi

KEMAMAN – Kegembiraan dua sahabat yang dalam perjalanan pulang ke kampus setelah berjumpa dengan rakan lama bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut dalam satu kemalangan di Kilometer 271.7 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 10.45 pagi itu, mangsa, Siti Naaima Samsuni, 19, yang berasal dari Kluang, Johor dan merupakan penuntut semester 4 pengajian Ijazah Pentadbiran Awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Raub, Pahang maut setelah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitenden Mohd Said Ibrahim berkata, ketika kejadian, mangsa dan seorang lagi rakannya Roslan Ali, 19, dalam perjalanan pulang ke kolej setelah menghabiskan cuti hujung minggu di Bandar Dungun.

Menurutnya, mangsa yang pernah menuntut peringkat diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Du­ngun dan rakannya pergi ke sana untuk bertemu semula dengan bekas rakan sepengajian mereka dahulu.

Kosmo 21 Dis 2015

0 comments:

Post a Comment