December 17, 2015

Peminat paramotor maut terlanggar benteng bukit

KUALA NERUS - Seorang peminat sukan paramotor maut setelah alat itu terlanggar benteng bukit lalu terjatuh ke dalam sungai di Pengkalan Bukit Datu di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, Mohd Asri Ismail, 46, dari Marang maut di tempat kejadian berikutan kecederaan parah di kepala.

Manakala rakannya yang juga bertindak sebagai jurupandu kepada mangsa patah tangan dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata difahamkan sebelum itu rakan Mohd Asri melakukan penerbangan secara solo sebanyak tiga kali sebelum cubaan kali keempat bersama mangsa.

Kemalangan maut itu merupakan kali kedua yang kali pertama berlaku pada Oktober lalu apabila seorang peminat sukan berkenaan terhempas di kawasan pantai Air Tawar, Besut. - Bernama

9 Dis 2015


Paramotor masuk sungai

KEADAAN paramotor yang dinaiki Mohd Asri (gambar kecil) dan rakannya.

Marang: “Biasanya arwah hanya akan terbang apabila saya berada bersamanya, tetapi kali ini dia melakukan penerbangan tanpa saya,” kata Wan Johairah Jaafar, 43, isteri kepada Mohd Asri Ismail, 46, yang maut selepas paramotor dinaikinya terlanggar benteng sebelum jatuh ke dalam sungai.

Dalam kejadian jam 6.30 petang di Pengkalan Bukit Datu, Bukit Tunggal di Kuala Nerus, kelmarin, Mohd Asri meninggal dunia akibat lemas.

Mangsa cuba diselamatkan orang ramai yang berada di tempat kejadian, namun mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

Rakan mangsa yang tidak dapat dikenal pasti identitinya patah tangan sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Paramotor dinaiki Mohd Asri dan rakannya terlanggar benteng ketika mereka cuba melakukan penerbangan sebelum terjunam ke dalam sungai.

myMetro 10 Dis 2015



0 comments:

Post a Comment