December 28, 2015

Pemandu lori terlepas tali gantung

Muar: Mahkamah Tinggi di sini hari ini, membebas dan melepaskan pemandu lori daripada hukuman gantung sampai mati.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu selepas mendapati pihak peguam bela berjaya membuktikan keraguan munasabah.

Tertuduh, Anuar Muniran, 40, dituduh mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana mengedar heroin seberat 19.47 gram.

Selain itu, Anuar dituduh mengikut Seksyen 12 (2) kerana memiliki methamphetamine seberat 1.31 gram ketika ditahan di bilik sewanya di Taman Bahagia, Batu Pahat, 30 Januari 2013.

Bagaimanapun, Zainal Azman berkata, pihak pendakwaraya gagal membuktikan dadah itu milik tertuduh selain terdapat beberapa keraguan dalam kes berkenaan.

myMetro 28 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment