December 29, 2015

Pemandu bas, lima penumpang cedera

PBAS ekspres remuk selepas merempuh belakang lori PROPEL. FOTO Amir Irsyad Omar

Juru: Pemandu bas ekspres dan lima penumpang cedera selepas kenderaan dinaiki merempuh belakang lori diKilometer 149.3 Lebuh Raya Utara Selatan (arah utara) berhampiran Juru, Bukit Mertajam, tengah hari tadi.

Dalam kejadian 1 tengah hari itu, tiga penumpang lain tidak cedera.

Ketika kejadian bas berkenaan dalam perjalanan dari arah Nibong Tebal ke arah Juru.

Kemalangan berlaku selepas pemandu bas berkenaan hilang kawalan sebelum melanggar lori PROPEL yang berhenti di sebelah kiri lebuh raya.

Semua mangsa dan pemandu bas yang cedera ringan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

myMetro 28 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment