December 17, 2015

Pekerja kedai maut langgar lembu melintas

BESUT - Seorang pekerja kedai perabot maut setelah motosikal ditungganginya melanggar seekor lembu yang tiba-tiba melintas di Jalan Kota Baharu-Kuala Terengganu dekat Kampung Tok Dor di sini Khamis malam.

Ketua Polis Besut Superintendan Khaled Che Lah berkata Muhamad Ikram Abd Aziz, 20, dari, Bandar Permaisuri, Setiu yang cedera parah di kepala bagaimanapun meninggal dunia petang keesokan harinya semasa dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

"Semasa kejadian kira-kira 8 malam itu, seekor lembu secara tiba-tiba melintas dari sebelah kiri jalan dan menyebabkan mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu melanggar haiwan berkenaan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah dituntut oleh keluarganya untuk pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bintang, Bandar Permaisuri malam tadi. - Bernama

Sinar Harian 12 Dis 2015

0 comments:

Post a Comment