December 17, 2015

Pacuan empat roda terbalik

FOTO ihsan bomba

Papar: Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia setahun mengalami detik cemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka dirempuh keretapi di Kampung Mandahan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 9 pagi itu, kenderaan mangsa terbabas ke kawasan semak berhampiran sebelum terbalik akibat rempuhan tersebut.

Difahamkan bayi lelaki tersebut cedera parah, namun tiada maklumat lanjut mengenai dua mangsa lagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Papar Dunstan Peter ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Kami menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.22 pagi tadi.

"Semua mangsa iaitu pemandu dan penumpang pacuan empat roda dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.

"Manakala penumpang keretapi tidak mengalami kecederaan dan meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya," katanya.

myMetro 16 Dis 2015



0 comments:

Post a Comment