December 1, 2015

OKU lemas di Pantai Lido

Johor Bahru: Seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 16 tahun dikhuatiri lemas selepas tergelincir dari tebing pantai dalam kejadian di Pantai Lido di sini, malam ini.

Sumber bomba dan penyelamat berkata, usaha mengesan mangsa yang hilang sejurus pihaknya menerima panggilan jam 9.18 malam.

Katanya, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Rohaizat Hamdandi bantu enam anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.

"Pasukan bomba dan penyelamat tiba di lokasi jam 9.33 malam untuk mengesan mangsa yang hilang.

"Operasi tidak dapat diteruskan disebabkan air surut dan tidak dapat menurunkan bot penyelamat," katanya.

Operasi mencari mangsa yang hilang diteruskan esok.

myMetro 30 November 2015


Remaja OKU ditemui mati lemas di Pantai Lido

Mayat remaja OKU yang ditemui.

JOHOR BHARU - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditemukan mati lemas ketika beriadah bersama abangnya di Pantai Lido, di sini petang semalam.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Johor Baharu, Leftenan Muda Mohd Aziz Juperi berkata, mangsa, Muhammad Yuszairee Ramlee adalah remaja orang kurang upaya (OKU) berasal dari Taman Perling di sini.

Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira 2 petang ketika mangsa sedang berjalan-jalan di hadapan Jabatan Agama Islam Johor sebelum dipercayai tergelincir ke tebing pantai di depan jabatan itu.

Mohd Aziz berkata, JPAM yang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit menggerakkan dua aset bot dan 16 keanggotaan ke tempat kejadian bagi mencari dan menyelamatkan mangsa.

Operasi turut disertai sejumlah tujuh anggota dan pegawai Bomba dan Penyelamat Johor Baharu serta Polis Diraja Malaysia (PDRM), katanya. - Bernama

1 Dis 2015


Remaja OKU ditemui terapung

MAYAT mangsa ditemui kira-kira 100 meter dari lokas dilaporkan lemas. FOTO ihsan JPAM

Johor Bahru: Remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 16 tahun yang tergelincir dari tebing pantai Pantai Lido di sini, malam tadi ditemui lemas kira-kira 10 pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Johor Bahru, Leftenan Muda (PA) Mohd Aziz Jupri berkata, mangsa, Muhammad Yuszairee Ramlee ditemui terapung dalam keadaan tertiarap kira-kira 100 meter dari lokasi dilaporkan lemas.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang turut disertai polis dan bomba, disambung kira-kira 8.30 pagi tadi selepas operasi malam tadi dihentikan berikutan cuaca gelap dan hujan.

"Mangsa kemudian ditemui oleh pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) kira-kira 10 pagi," katanya.

Beliau berkata, mangsa dilaporkan berjalan bersama abangnya di lokasi kejadian sebelum terjatuh ke laut kira-kira 2 petang semalam.

myMetro 1 Disember 2015




0 comments:

Post a Comment