December 7, 2015

Nikmat jaga anak syurga

NUR Zelawati (dua dari kanan) melayan tiga anaknya ketika ditemui di kediamannya di PPR Hiliran Ampang, semalam.

Ampang: Allah menguji wanita ini dengan mengurniakan tiga permata istimewa untuk melihat sejauh mana hamba-Nya bersabar bagi membesarkan ‘anak-anak syurga’ itu.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kerana ketiga-tiga cahaya mata itu ditakdirkan mengalami masalah kesihatan termasuk dua daripadanya disahkan autisme manakala seorang lagi menghidap kelumpuhan otak atau dikenali Cerebral Palsy (CP).

Namun, naluri ibu bersusah payah mengandungkan anaknya selama sembilan bulan, ibu tunggal ini tidak pernah menyesal atau mengeluh sebaliknya tiga anak syurga itu, Nurmaya Diana Zamaris, 20, Muhammad Danial Ikhwan, 18, dan Zurainis, 14, ditatang bagai minyak penuh dan mereka penyeri hidupnya.

Bayangkan, jika Muhammad Danial Ikhwan diserang sawan 200 kali sehari selama seminit, wanita itu membawa anaknya ke hospital tanpa bersungut.

Nur Zelawati Abd Kadir, 40, yang bekerja sebagai tenaga pengajar Pusat Dalam Komuniti (PDK) sentiasa memenuhi amanah Tuhan menjaga tiga anaknya tanpa rasa kesal, malah kasih sayang seorang ibu sentiasa dicurahkan seratus peratus.

myMetro 6 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment