December 1, 2015

Meniti batang pokok sebelum terjatuh

Hulu Terengganu: Seorang pemuda berusia 28 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Rahmat, Kuala Berang, di sini, 5 petang tadi.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Noor Ali dikejarkan ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Penolong Penguasa Bomba Ahmad Shah Mohd Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai kira-kira 5.15 petang dan bergegas ke tempat kejadian.

“Berdasarkan maklumat awal mangsa ialah penduduk kampung itu dikenali sebagai Mohd Ridwan Zulkifli," katanya.

Menurutnya, mangsa yang dipercayai mengalami masalah mental dikatakan berjalan di atas batang pokok tumbang sebelum terjatuh ke dalam sungai.

myMetro 30 November 2015

0 comments:

Post a Comment