December 17, 2015

Meninggal dunia tepi jalan

Mangsa ditemui meninggal dunia di tepi jalan, berhampiran stesen bas, semalam. Gambar kecil: Khaizidin Mahmood

KOTA BHARU - Seorang warga emas meninggal dunia di tepi jalan, berhampiran stesen bas, di sini semalam.

Dipercayai, mangsa, Khaizidin Mahmood, 61, berjalan sendirian ketika kejadian tersebut.

Mangsa dikatakan jatuh di kawasan tempat menunggu kereta sewa berhampiran stesen bas berkenaan.

Sementara itu, saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, mangsa menetap di kawasan Berek 12.

“Dia mungkin baru pulang dari pasar membeli barangan keperluan dan secara tiba-tiba, meninggal di kawasan berkenaan," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

“Kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah,” katanya.

Sinar Harian 17 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment