December 4, 2015

Mayat warga emas ditemui dekat motosikal

MAYAT lelaki 73 tahun ditemui berhampiran motosikal. FOTO Aminuddin Ismail

Setiu: Lelaki berusia 73 tahun ditemui mati berhampiran motosikalnya di tepi jalan Kampung Pelong di Sungai Tong, di sini, 10 pagi tadi.

Mangsa yang ditemui terbaring kira-kira tiga meter dari motosikalnya dikenali sebagai Zakaria Mohd dari Kampung Teris, Kuala Berang.

Warga emas berkenaan dikatakan mempunyai rekod rawatan penyakit lelah di Hospital Setiu.

Mayatnya dibawa ke Hospital Setiu untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Elias Abu Bakar mengesahkan penemuan mayat lelaki itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

myMetro 2 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment