December 31, 2015

Mayat separuh reput ditemui terdampar

DITEMUI: Mayat separuh reput ditemui berhampiran Terminal Utama Tanjung Manis semalam.

TANJUNG MANIS: Mayat yang belum diketahui jantinanya ditemui terdampar di tebing Sungai Rajang oleh orang awam berhampiran Terminal Utama Tanjung Manis di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei Superintenden Poniman Margiman berkata mayat tersebut ditemui dalam keadaan separuh reput.

“Berdasarkan siasatan awal polis, tiada sebarang pengenalan diri dijumpai pada mayat mangsa.

“Kami memohon pihak yang kehilangan saudara-mara, adik-beradik dan ahli keluarga lain atau maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei di talian 084-652222 atau Balai Polis Tanjung Manis (084-613037).

“Mayat tersebut dihantar ke bilik mayat Hospital Sarikei untuk proses selanjutnya,” ujarnya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Utusan Borneo 29 Dis 2015

0 comments:

Post a Comment