December 23, 2015

Mayat remaja terjatuh dari bot ditemui


Mayat Mohamad Afis diangkat dari jeti penumpang di Kuala Kedah untuk dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Yan: Remaja lelaki yang hilang selepas terjatuh dari bot ketika memukat di perairan Pulau Bunting, di sini, ditemui lemas, tengah hari tadi.

Mayat mangsa Mohamad Afis Mohamad Jaaffar, 17, ditemui kira-kira 0.8 batu nautika dari pesisir pantai Sungai Limau, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari.

Pegawai Operasi Pengkalan Maritim Kuala Kedah, Leftenan Madya Maritim Suhaime Abdul Wahab berkata, mayat mangsa ditemui nelayan ketika melakukan operasi mencari mangsa bersama lima agensi penyelamat lain.

Katanya, operasi mencari disambung 8 pagi tadi membabitkan 40 anggota dari lima agensi termasuk Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kedah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kedah, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Polis Marin.

"Mayat mangsa dibawa ke pantai untuk diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk tindakan lanjut," katanya.

myMetro 22 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment