December 15, 2015

Mayat lelaki OKU ditemui terapung di Sungai Losong

KUALA TERENGGANU - Mayat seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui terapung di Jeti Nelayan Sungai Losong di sini pagi ini.

Mayat Wan Asmadinata Wan Muda, 41, yang merupakan OKU kategori lembam dijumpai kira-kira pukul 10 pagi tadi oleh penduduk kampung yang curiga dengan objek yang terapung di permukaan air berhampiran jeti itu.

Seorang saksi, Zuraidi Mohd, 34, berkata pada awalnya beliau menyangkakan ia merupakan sampah yang hanyut, namun apabila dilihat lebih dekat ia adalah badan manusia.

"Bila ia terapung semakin dekat, barulah saya nampak sekujur tubuh sebelum terus pergi memaklumkannya kepada balai polis berhampiran," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Difahamkan mangsa tidak pulang ke rumahnya sejak petang semalam sebelum ditemui lemas di sungai berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Nik Mohd Zain Nik Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.

Katanya mangsa yang berasal dari Kampung Pulau Rusa itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat.

"Sejurus menerima panggilan, sepasukan polis telah dihantar ke lokasi kejadian dan hasil siasatan awal terhadap mangsa, kita tidak menemui sebarang unsur jenayah," katanya. - Bernama

13 Disember 2015


OKU lemas dalam Sungai Terengganu

Anggota bomba mengangkat mayat Wan Asmadinata yang ditemui di Sungai Terengganu di Kampung Losong, semalam. - Foto BAHAROM BAKAR

Kuala Terengganu: Seorang lelaki OKU ditemui lemas di Sungai Terengganu berhampiran jeti nelayan Kampung Losong, Kuala Terengganu, pagi tadi.

Wan Asmadinata Wan Muda, 41, ditemui lemas berhampiran jeti nelayan di sungai berkenaan oleh seorang nelayan pada jam 10.25 pagi selepas 10 minit abang mangsa, Wan Ghazali, 53, membuat laporan kehilangannya di Balai Polis Chabang Tiga, di sini.

Wan Asmadinata yang tinggal bersendirian di rumahnya di Kampung Pulau Rusa di sini, disedari hilang oleh abangnya ketika dia ke rumah mangsa untuk menghantar makanan pagi tadi.

"Abang mangsa membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga pada jam 10.15 pagi tetapi 10 minit kemudian, mendapat panggilan telefon daripada seorang rakan memaklumkan mayat Wan Asmadinata ditemui berhampiran jeti nelayan sungai berkenaan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Superintendan Nik Mohd Zain Nik Omar ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

myMetro 13 Dis 2015



0 comments:

Post a Comment