December 2, 2015

Mayat dalam sungai

Anggota polis mengangkat mayat seorang lelaki yang ditemui dalam Sungai berdekatan Taman Seri Indah, Mergong. - Foto RAHMAT OTHMAN

Alor Setar: Mayat lelaki berusia 30-an ditemui lengkap berpakaian dalam sungai di Taman Sri Indah, di sini, tengah hari tadi.

Mayat berkenaan ditemui orang ramai yang melalui kawasan itu pada jam 12.45 tengah hari sebelum menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, siasatan awal mendapati kesan luka pada badan mangsa disebabkan gigitan siput gondang, bukan akibat kesan senjata tajam.

Menurutnya, pihaknya juga tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri namun dipercayai lelaki tempatan berusia 30-an.

Mayat itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat dan kes setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

myMetro 1 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment