December 17, 2015

Maut terjatuh Bukit Tabuh

FOTO ihsan bomba

Kuala Lumpur: Lelaki berusia 59 tahun maut dipercayai terjatuh ketika mendaki di Bukit Tabuh, Ampang, Selangor, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan membawa turun mayat mangsa jam 7.18 pagi tadi.

"Mangsa dipercayai jatuh sejak semalam selepas keluar mendaki pada waktu petang. Lelaki terbabitterjatuh di celahan batu dari ketinggian dua meter," katanya dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Beliau berkata, mangsa dipercayai keluar mendaki berseorangan sebelum tidak pulang dan menghubungi keluarganya sejak semalam.

Katanya, mayat kini dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

myMetro 10 Dis 2015



0 comments:

Post a Comment