December 9, 2015

Maut rempuh belakang lori


Nilai: Remaja perempuan maut, seorang parah manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 275.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, dekat hentian R&R Seremban, di sini, pagi ini.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian 5 pagi itu, Toyota Vios dinaiki empat sekawan masing-masing dua remaja lelaki dan dua perempuan berusia 17 hingga 19 tahun dipercayai hilang kawalan dan merempuh belakang lori sebelum terbalik.

Menurutnya, kemalangan itu mengakibatkan Tan Su Hua, 19, maut di lokasi kejadian akibat tersepit di tempat duduk penumpang hadapan manakala rakan lelakinya yang duduk di belakang parah di kepala.

Selain itu, katanya, pemandu dan seorang lagi penumpang cedera ringan.

Katanya, ketiga-tiga mereka yang cedera dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat dan sudah dituntut keluarga yang berasal dari Melaka.

myMetro 8 Dis 2015


Seorang maut, tiga cedera kereta langgar treler

Keadaan kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan pagi tadi

NILAI - Seorang remaja perempuan terbunuh manakala rakannya parah dan dua lagi cedera ringan apabila kereta dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 275.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran hentian Rehat dan Rawat Seremban di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa, Tan Su Hua, 19, maut di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk penumpang hadapan. Rakan lelakinya, Lee Choon Kiat, 19, yang duduk di belakang parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, pemandu kereta jenis Toyota Vios, Heng Jin Yong, 19, dan seorang lagi penumpang Sin Lei Qi, 17, mengalami cedera ringan.

Menurutnya, pemandu treler jenis Scania itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambahnya, mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan lanjut. Mayat remaja perempuan itu dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga. - K! ONLINE

Kosmo 8 Dis 2015

0 comments:

Post a Comment