December 21, 2015

Maut jatuh pokok kelapa

Adik Mokhtar, Abdul Manaf, 47, menunjukkan MyKad abangnya yang maut dipercayai terjatuh dari pokok kelapa. FOTO Zaid Salim

Kuala Terengganu: Lelaki berusia 50 tahun ditemui mati dalam keadaan tertiarap dipercayai terjatuh dari pokok kelapa di Kampung Tanjung Sabtu, Manir, di sini, 5 petang tadi.

Mokhtar Awang ditemui di bawah pokok kelapa setinggi 10 meter oleh penduduk kampung yang melalui kawasan itu.

Keluarga mangsa mendakwa mangsa yang bekerja sendiri ke kawasan berkenaan kira-kira 50 meter dari rumahnya selepas solat Zuhur.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Idris Abd Rafar mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

myMetro 17 Disember 2015



Korban pokok kelapa

Kuala Terengganu: “Saya sangka suami dan dua anak ke sungai, tetapi selepas beberapa jam, dia masih tidak pulang menyebabkan saya mula bimbang sehinggalah diberitahu penduduk kampung bahawa arwah ditemui berhampiran pokok kelapa 100 meter dari rumah,” kata Zuraida Mamat, 42, isteri Mokhtar Awang, 50, yang maut dipercayai terjatuh dari pokok kelapa setinggi 10 meter di Kampung Tanjung Sabtu, kelmarin.

Pada jam 2 petang, Zuraida yang bekerja sebagai tenaga pengajar kelas jahitan di Yayasan Pembangunan Keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal dikatakan pulang ke rumahnya di kampung berkenaan selepas menghadiri satu temasya sukan anjuran DUN terbabit di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1.

Bagaimanapun, dia mendapati suami dan dua anak, Ana Sofia, 9, dan Ana Danisa, 8, tiada di rumah dan menyangkakan mereka ke sungai, tetapi tetap berasa pelik apabila mendapati motosikal Mokhtar berada di perkarangan rumah.

Menurutnya, dia semakin resah apabila suaminya tidak pulang kerana sudah berjanji untuk mengajaknya ke bandar membeli barangan keperluan dapur pada jam 3 petang.

“Pada pagi hari kejadian, arwah menghantar saya ke rumah rakan di Kampung Petai Bubus satu kilometer dari rumah kami untuk ke temasya sukan berkenaan bersama rakan sekerja.

myMetro 19 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment