December 21, 2015

Maut ditikam adik ipar

Kota Bharu: Lelaki warga Vietnam berusia 33 tahun maut selepas ditikam adik iparnya dalam kejadian di Pengkalan Bot Mega, Tok Bali, Pasir Puteh, 8.25 malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata mangsa yang cedera parah di badan kemudian dihantar ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh untuk rawatan dan disahkan meninggal dunia, pada 9.30 malam.

Katanya, suspek berusia 22 tahun dibantu rakannya yang berusia 24 tahun menikam mangsa dengan menggunakan pisau akibat marah sering dibuli.

"Polis kemudian menahan kedua-dua suspek dan direman seminggu sehingga 25 Disember ini. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya, di sini, hari ini.

myMetro 19 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment