December 25, 2015

Maut dilanggar motosikal


Lelaki berusia 50-an maut dilanggar motosikal ditunggang warga Bangladesh.

Kuala Lumpur: Lelaki berusia 50-an maut selepas dilanggar motosikal ditunggang warga Bangladesh dalam kejadian di Jalan Genting Klang, berhampiran pusat beli belah Festival City, Setapak, dekat sini, petang tadi.

Mangsa dipercayai melintasi jalan sebelum dirempuh oleh motosikal ditunggang warga Bangladesh itu.

Menurut jurucakap polis, akibat rempuhan berkenaan, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas parah di badan dan kepala.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

myMetro 23 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment