December 30, 2015

Maut digilis treler

Suasana di tempat kejadian penunggang motosikal digilis treler.

Tawau: Penunggang motosikal maut digilis treler selepas cuba mengelak sekumpulan gajah yang melintas di Jalan Station 26-27, Ladang Baru Brumas, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa,Tambrin Irwan, 28, parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, siasatan awal mendapati penunggang motosikal itu tiba-tiba berpatah balik kerana ada sekumpulan gajah melintas.

“Pemandu treler gagal mengelak lalu pemuda terbabit digilis treler itu.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu lori ditahan untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

myMetro 29 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment