December 9, 2015

Mati selepas alih kereta

RUMAH yang musnah dalam kebakaran di Jalan Baru Kinarut, Papar.

Anggota bomba mengambil masa hampir tiga jam untuk memadamkan api sepenuhnya. - Foto Ihsan Bomba

Papar: Dia berjaya menyelamatkan keretanya daripada musnah ketika rumah mentuanya di Jalan Baru Kinarut, di sini, terbakar petang tadi namun malang kerana Saferie Kahar, 49, kemudiannya meninggal dunia akibat serangan jantung.

Dalam kejadian jam 4.30 petang tadi, Saferie yang turut tinggal di rumah berkenaan, meninggal dunia di Klinik Kinarut, dekat sini, selepas dibawa ke klinik berkenaan oleh orang ramai untuk rawatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Papar Dunstan Peter berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran rumah berkenaan pada jam 4.42 petang dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

"Kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat dan api berjaya dipadam sepenuhnya jam 7.06 malam namun rumah itu musnah.

"Seorang mangsa meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung selepas mengalihkan kenderaannya daripada musnah terbakar," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Difahamkan ahli keluarga Shafie yang lain terselamat tanpa kecederaan.

myMetro 8 Dis 2015


0 comments:

Post a Comment