December 9, 2015

Mati jatuh flet selepas minum arak


Kuala Lumpur: Seorang lelaki Myanmar berusia 25 tahun maut selepas terjatuh dari Pangsapuri Miharja, di Jalan Loke Yew, Cheras, pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Khai Pi, ditemui mati dan berlumuran darah oleh orang awam di kawasan parkir flat berkenaan selepas terdengar bunyi objek jatuh, kira-kira jam 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, siasatan awal mendapati mangsa datang ke pangsapuri berkenaan untuk bercuti di rumah rakan senegaranya dan mereka minum minuman keras di sebuah kedai berhampiran.

Katanya, selepas kembali ke rumah, rakan mangsa masuk tidur dan mangsa disyaki memanjat balkoni sebelum terjun ke bawah bangunan.

"Siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang objek atau senjata yang disyaki dan kematiannya tiada unsur unsur jenayah.

"Mayat mangsa di hantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),"katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

myMetro 8 Dis 2015

0 comments:

Post a Comment