December 23, 2015

Lima cedera kemalangan bas dan treler

JALAN raya sesak teruk selepas kelamangan treler dan bas. FOTO Ghazali Kori


KEADAAN treler selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran Genting Sempah. FOTO Ghazali Kori

KEADAAN treler selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran Genting Sempah. FOTO Ghazali Kori

Kuala Lumpur: Lima orang cedera dalam kemalangan bas dan treler di Kilometer 35 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Genting Sempah, pagi tadi.

Dalam laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), nahas itu dilaporkan berlaku kira-kira 9 pagi, menyebabkan laluan kedua-dua arah mengalami kesesakan teruk.

Bagaimanapun, laluan kecemasan di lokasi kemalangan masih dibuka.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada treler yang membawa muatan besi buruk mengundur secara tiba-tiba akibat masalah brek dan bas yang membawa 45 penumpang tidak sempat mengelak sebelum melanggar treler berkenaan.

"Akibat pelanggaran itu, lima penumpang bas mengalami kecederaan ringan dan semua sudah dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan kecemasan," katanya.

myMetro 21 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment