December 4, 2015

Lelaki maut tersepit, tujuh penumpang van cedera kemalangan




LOKASI kemalangan kereta dengan van kilang. FOTO ihsan Pembaca

Georgetown: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu terbabit dalam kemalangan dengan van kilang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 5.30 pagi itu, mangsa, Azwan Hadi Mat Nor, 36, maut selepas mengalami kecederaan teruk di kepala serta badan.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Bayan Baru berkata, pihaknya terpaksa mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kereta.

"Kita menerima panggilan pada 5.46 pagi dan tiba di lokasi 15 minit kemudian.

"Pemandu van kilang berusia 50-an patah kaki manakala enam penumpang wanita cedera ringan," katanya.

myMetro 4 Disember 2015


Juruteknik maut dalam kemalangan

GEORGE TOWN – Seorang juruteknik kilang yang maut dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, Bayan Baru di sini pagi semalam seolah-olah tahu akan pergi buat selama-lamanya apabila sempat berkongsi status terakhirnya di dalam laman sosial Facebook mengenai kematian.

Mangsa, Azwan Hadi Mohd. Nor (gambar kecil), 36, dikatakan berkongsi semula gambar terakhir pada pukul 8.14 malam Khamis lalu yang memaparkan kata-kata tentang soalan yang akan diajukan ketika di alam kubur.

Sebahagian status yang dikongsinya berbunyi: “Di dalam kubur, malaikat akan tanya, siapa Tuhan kamu? Allah. Siapa Nabi kamu? Rasulullah. Apakah kitab kamu? al-Quran. Apakah pegangan kamu? Jihad fisabilillah.”

Azwan yang berasal dari Kampung Salor, Kota Bharu, Kelantan itu maut di tempat kejadian selepas kereta Proton Wira yang dipandunya bertembung dengan sebuah van pekerja kira-kira pukul 6 pagi semalam.

Kosmo 5 Dis 2015



0 comments:

Post a Comment