December 25, 2015

Lelaki maut motosikal terbabas hilang kawalan

KEMALANGAN MAUT: Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sibu dengan menggunakan kenderaan polis untuk bedah siasat.

SIBU: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan dan masuk ke dalam parit di Jalan Pasai Siong dalam kemalangan yang berlaku petang kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Chabu Jenis, 45, difahamkan menunggang motosikal dari arah bandar Sibu menghala ke Pasai Siong dalam kejadian berlaku sekitar jam 7 petang.

Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan dan masuk ke dalam parit di Jalan Pasai Siong.

Akibat kemalangan itu, mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans Hospital Sibu.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sibu untuk bedah siasat.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih belum dapat dikenal pasti dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Utusan 25 Dis 2015

0 comments:

Post a Comment