December 23, 2015

Lelaki hilang dihanyutkan air


Prai: Seorang lelaki, 36, dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan air ketika menjala ikan di kawasan Power Plant Perai berdekatan Jambatan Pulau Pinang, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 12.20 tengah malam tadi, mangsa Fayan Ahmad Abdul Husin datang ke kawasan muara sungai berdekatan kawasan itu bersama tiga lagi rakannya.

Mangsa yang berasal dari Myanmar dan berbaju serta berseluar hitam itu dipercayai dihanyutkan air pasang sebelum gagal dikesan rakannya.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Pegawai Bomba Idan Lazim berkata, usaha mencari mangsa masih diteruskan dan pihaknya juga dibantu Polis Marin.

Menurutnya, pihaknya mengalami kesukaran apabila bot mereka tidak dapat menghampiri lokasi kejadian ekoran pukat hanyut yang terbiar di kawasan itu.

Katanya, sehingga tadi mangsa belum ditemui dan usaha mencari masih diteruskan di kawasan berdekatan.

myMetro 22 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment