December 4, 2015

Langgar sekatan, tembak polis


Anggota polis mengawal sekitar kebun limau Kampung Baru Tambun yang kini dikepung sepenuhnya. - Foto MOHD NAZRULASWAD HAMDAN

Anggota polis mengawal sekitar kebun limau Kampung Baru Tambun yang kini dikepung sepenuhnya. - Foto MOHD NAZRULASWAD HAMDAN

Ipoh: Polis sedang memburu seorang lelaki yang melarikan diri ke kawasan Kampung Baru Tambun di sini, selepas suspek yang menaiki kereta jenis Proton Satria Neo itu merempuh dua sekatan jalan raya sebelum berbalas tembak dengan anggota polis di Jalan Sultan Azlan Shah.

Dalam kejadian kira- kira jam 3 petang tadi, suspek melanggar dua sekatan jalan raya di Jalan Kampar dan Jalan Sultan Azlan Shah sebelum berbalas tembak dengan empat anggota trafik yang mengejarnya.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, suspek kemudian memasuki kebun limau di Kampung Baru Tambun dan meninggalkan kenderaannya selepas tembakan anggota polis mengenai tayar.

Menurutnya, seorang anggota trafik bermotosikal cedera bahagian belakang badan kerana terjatuh selepas dihimpit dan dilanggar kenderaan suspek.

“Operasi memburu lelaki itu sedang dijalankan dalam kawasan kebun berkenaan dan suspek dipercayai mempunyai pistol.

"Seramai 30 anggota mengepung kawasan kebun berkenaan dan polis percaya suspek tidak dapat melarikan diri lebih jauh serta masih berada dalam kawasan kebun," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

myMetro 2 Disember 2015


0 comments:

Post a Comment