December 4, 2015

Kereta rempuh lori sampah di Jambatan Pulau Pinang

Keadaan kereta Toyota Camry selepas merempuh belakang sebuah lori sampah di atas Jambatan Pulau Pinang di George Town semalam.

GEORGE TOWN – Sebuah lagi kereta jenis Toyota Camry terlibat dalam kemalangan di atas Jambatan Pulau Pinang dekat sini semalam dalam tempoh 24 jam selepas insiden maut melibatkan kereta jenis sama berlaku di lokasi itu kelmarin.

Kejadian pada pukul 1.50 pagi itu berlaku di Kilometer 3.3 Jambatan Pulau Pinang arah Perai apabila kereta terbabit merempuh belakang sebuah lori sampah sebelum bahagian bonet terbakar.

Lelaki berusia lingkungan 20-an itu sempat menyelamatkan diri dengan keluar dari kereta dan hanya cedera ringan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Mohd. Yusri Manshor berkata, dalam kejadian itu, kereta terbabit dikatakan telah merempuh lori sampah yang sedang bergerak dan tersangkut di belakang kenderaan berat tersebut sebelum diheret sejauh kira-kira 500 meter.

Kosmo 4 Dis 2015


Kereta rempuh lori sampah terbakar

KERETA terbakar selepas rempuh lori sampah. FOTO ihsan pembaca

Georgetown: Kereta dipandu lelaki terbakar selepas merempuh lori sampah di Kilometer 33, Jambatan Pulau Pinang, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, pemandu kereta terbabit terselamat apabila dia sempat keluar dari kenderaannya.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Penolong Penguasa Kanan II Mohd Yusri Manshor berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.57 pagi dan terus bergegas ke lokasi.

"Kami mengambil masa hampir lima minit untuk memadam kebakaran di bahagian enjin kereta terbabit.

"Setakat ini punca kebakaran masih disiasat," katanya ketika di temui di lokasi kejadian.

myMetro 3 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment