December 23, 2015

Kereta masuk laut

Anggota bomba membuat pemeriksan di kereta yang tenggelam. FOTO ihsan bomba

Johor Bahru: Wanita berusia 36 tahun terselamat selepas kereta dinaikinya terbabas sebelum tenggelam di dalam laut di Stulang Laut, di sini, 4 petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, lapan anggota dengan dua jentera termasuk Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

"Sejurus menerima panggilan pada jam 4.03 petang berhubung kejadian berkenaan, pegawai dan anggota yang bertugas terus bergegas ke lokasi kejadian.

"Tiba di lokasi kejadian, kami mendapati wanita berkenaan dikenali sebagai Heng Mee Leng berjaya menyelamatkan diri manakala kereta terbabit tenggelam sebelum ditarik keluar," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Katanya, operasi ditamatkan kira kira 4.50 petang.

myMetro 22 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment