December 1, 2015

Kaki pancing dikhuatiri lemas

Kuala Langat: Seorang kaki pancing yang tidak pulang sejak awal pagi semalam, dikhuatiri lemas apabila orang ramai menemui kereta dinaikinya berhampiran Sungai Lebohan Ampang di sini, semalam.

Mohamed Sofiyuddin Kamar, 28, dikatakan keluar memancing sejak jam 5.30 pagi semalam dengan menaiki kereta Proton Saga tetapi tidak pulang sehingga hari ini menyebabkan ahli keluarganya bimbang.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima maklumat orang hilang kira-kira jam empat petang tadi.

"Menurut maklumat yang kami terima daripada polis, kereta dinaiki mangsa ditemui berhampiran sungai dan mangsa dipercayai berada di sungai berkenaan untuk memancing.

"Operasi mencari di sekitar sungai dimulakan kira-kira jam 4.30 petang sehingga jam 7 petang tadi namun mangsa masih belum ditemui," katanya.

myMetro 1 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment