December 17, 2015

Kakak merajuk bawa diri 26 tahun

ZALATI

Kerteh: “Selepas bercerai, kakak merajuk dan sehingga hari ini tiada khabar berita,” kata Zalizah Manaf, 39, yang kehilangan kakaknya sejak 26 tahun lalu.

Zalizah berkata, kakaknya, Zalati Manaf, 48, keluar dari rumah di Kampung Baru Kuala Abang, dekat sini, tanpa menyatakan arah tujuannya selepas beberapa hari bercerai dengan suaminya.

Katanya, kakaknya meninggalkan tiga anak iaitu dua perempuan dan seorang lelaki kepada ibunya, Limah Deraman sebelum keluar dari rumah.

“Ketika itu dia tidak menyatakan kepada ibu termasuk kami lima beradik ke mana arah tujuannya.

“Kami pula tidak cuba menjejaknya kerana beranggapan dia merajuk seketika untuk memujuk hati yang sedih selepas bercerai,” katanya di rumahnya di Perumahan Mampu Milik, di sini, semalam.

Zalizah berkata, sejak kebelakangan ini, dia dan adik-beradik cuba mencari kakaknya di merata tempat, namun menemui jalan buntu.

“Kami berusaha mencarinya kerana sangat rindu dengan kakak. Tiga anaknya juga merindui ibu mereka yang sudah lama tidak bersua,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Zalizah di talian 014-5269371.

myMetro 9 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment