December 28, 2015

Jurukimpal bunuh wanita hamil ke tali gantung

Shah Alam: Seorang jurukimpal dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini atas tuduhan membunuh wanita hamil, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Wan Afrah Datuk Wan Ibrahim menjatuhkan hukuman itu terhadap R Lingeswaran, 24, selepas pihak pendakwaan mempunyai bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan terhadap tertuduh.

"Pihak pembelaan juga gagal menimbulkan keraguan munasabah dan dengan itu tertuduh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati," katanya ketika membacakan penghakiman, di sini, hari ini.

R Lingeswaran didakwa membunuh E Valley, 23, di kawasan di No.7 Lot 1251, Juara Engineering (M) Sdn Bhd, Batu 19, Jalan Rawang-Batu Arang Rawang, Gombak pada 10.40 malam, 4 Julai 2012.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wong Poi Yoke manakala Lingeswaran diwakili peguam N Logen.

myMetro 28 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment