MAYAT mangsa yang ditemui di air terjun Titi Kerawang. FOTO ihsan pembaca
Balik Pulau: Mayat lelaki tanpa identiti ditemui tersangkut celah batu di kawasan air terjun Titi Kerawang, Sungai Pinang, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, mayat terbabit ditemui seorang lelaki warga Nepal yang mahu memasang paip di kawasan berkenaan kira-kira jam 6 petang.
Menurutnya, lelaki usia 45 tahun itu kemudian membuat laporan polis dan mayat hanya dapat dikeluarkan dari kawasan itu jam 3 pagi tadi.
"Kawasan air terjun terbabit terletak kira-kira 15 kilometer dari kaki bukit dan kita terpaksa merempuh hutan tebal serta bukit untuk tiba ke sana.
"Siasatan awal mendapati mangsa mati sejak empat hari lalu, namun kita gagal mengesan identitinya," katanya.
myMetro 27 Disember 2015
Jumpa mayat celah batu
BALIK PULAU – Seorang tukang paip warga Nepal terkejut apabila menjumpai mayat seorang lelaki yang sudah bengkak dalam air di celah batu di kawasan air terjun Titi Kerawang, Sungai Pinang di sini kelmarin.
Lelaki yang berusia 45 tahun itu menyedari mayat berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang ketika mahu melakukan kerja memasang paip di kawasan terbabit sebelum menghubungi polis.
Mayat berkenaan ditemui dalam keadaan berpakaian seluar pendek berwarna hijau dan baju berwarna putih.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, pihaknya mendapati, mayat itu dalam keadaan badan yang sudah tidak sempurna dan bengkak dipercayai mati antara tiga hingga empat hari.
Kosmo 28 Dis 2015
0 comments:
Post a Comment