December 4, 2015

Harimau ancam penduduk

Penduduk Kampung Hulu, Jasin, menunjukkan kesan tapak kaki harimau yang ditemuii di kebun berhampiran kampung mereka. - Foto NOR SHAFINAZ SARI

Jasin: Penduduk Kampung Hulu, Batang Melaka, Jasin, meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera berikutan dua harimau berkeliaran di kawasan itu sejak sebulan lalu.

Sidang Kampung itu, Shariff Suboh berkata, sebelum ini ada penduduk yang terserempak dengan haiwan itu ketika sedang menoreh getah, sebulan lalu.

"Ada penoreh menemui kesan tapak kaki harimau dalam kawasan kebun mereka serta mendengar bunyi ngauman haiwan itu pada waktu malam.

"Saya khuatir jika keadaan ini berterusan akan menjejaskan pendapatan penduduk yang sebahagian besar adalah penoreh getah kerana mereka takut untuk ke kebun masing-masing," katanya.

Sementara itu Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Melaka Noorzakiahanum Mohd Nor, mengesahkan kesan tapak kaki ditemui penduduk adalah kesan tapak kaki harimau.

"Kami akan mengambil tindakan segera dengan memasang perangkap di lokasi yang sesuai. Haiwan itu akan diumpan menggunakan kambing," katanya.

myMetro 1 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment