December 4, 2015

Gelora rindu anak

AMRAN menunjukkan gambar Muhammad Thaqif Safwan.

Johor Bahru: Pekerja kontrak, Amran Mahat, 39, berharap dapat bertemu dengan anak bongsunya, Muhammad Thaqif Safwan, 11, yang gagal dihubungi sejak lima bulan lalu.

Amran berkata, lokasi terakhir Muhammad Thaqif Safwan ialah di India dan kanak-kanak berkenaan berada di sana bersama bekas isterinya yang berusia 41 tahun.

“Ketiadaan Muhammad Thaqif Safwan di negara ini membimbangkan saya. Saya mengetahui lokasi terakhir Muhammad Thaqif Safwan selepas menghubungi anak sulung, Nurul Aqilah yang berusia 17 tahun yang turut ada bersamanya di India, lima bulan lalu.

“Perbualan saya dengan Nurul Aqilah ringkas dan saya gagal mengetahui lokasi anak di India,” katanya.

Amran ditemui ketika mengemukakan aduan kehilangan Muhammad Thaqif Safwan kepada Pengerusi Persatuan Prihatin Kempas Salim Daud.

myMetro 4 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment