December 21, 2015

Gantung sampai mati

Ipoh: Pekerja besi buruk berusia 30 tahun dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, selepas didapati bersalah melanggar kanak-kanak berusia tiga tahun sehingga mati, kira-kira tiga tahun lalu.

C S Senguttuwan dituduh melakukan pembunuhan sehingga menyebabkan kematian ke atas T Thamilarasan di jalan utama Kampung Tersusun, Kopisan Baru, Gopeng, kira-kira 11 malam, pada 25 Mei 2013.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Pesuruhjaya Kehakiman, Noorin Badaruddin membuat keputusan itu terhadap Senguttuwan, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan sepanjang perbicaraan.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara masing-masing 10 tahun terhadap Senguttuwan atas dua pertuduhan hampir menyebabkan kematian terhadap S Tarmenthiran, 5, dan S Punjala, 59, di tempat, masa dan tarikh sama, mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, Noorin memerintahkan kedua-dua hukuman itu dijalankan serentak bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap.

Pendakwaan dilakukan oleh Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala tertuduh diwakili Charan Singh.

myMetro 18 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment