December 30, 2015

Dua Myanmar mati ditikam

Kuala Lumpur: Dua lelaki Myanmar berusia 34 dan 42 tahun ditemui mati dengan kesan tikaman di Jalan 5/62 A, Bandar Manjalara, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, mangsa ditemui orang awam terbaring di kaki lima berlumuran darah berhampiran sebuah gerai makan di jalan terbabit.

Katanya, mangsa pertama dikenali sebagai Kumar yang juga pemilik gerai berkenaan dan seorang lagi dikenali sebagai Saw, dipercayai pelanggan di gerai terbabit.

"Siasatan awal pihak forensik mendapati terdapat 12 kesan tikaman pada mayat Kumar dan 18 tikaman pada badan Saw.

"Tiada senjata ditemui di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat," katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

myMetro 29 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment