December 21, 2015

Dua budak digigit kera

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam menangkap kera jantan yang menggigit dua budak di restoran di Bukit Kayu Hitam pagi tadi. FOTO Rahmat Othman

Bukit Kayu Hitam: Budak lelaki dan perempuan berusia antara sembilan hingga 11 tahun cedera di badan selepas digigit kera jantan di restoran di Kilometer 6.7 Lebuhraya PLUS, di sini, pagi tadi.

Mereka dihantar ke klinik kesihatan di Changlun untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mereka yang dipercayai pelancong baru turun dari bas ekspres dan hendak ke tandas yang terletak kira-kira 20 meter di belakang restoran berkenaan, kira-kira 10.45 pagi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam, Pegawai Bomba Kanan II Jamal Din berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.02 pagi dan tiba di lokasi pada 11.08 pagi .

katanya, beliau bersama lima anggota dengan sebuah jentera dan ambulans pasukan Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) tiba di lokasi dan mendapati kera seberat kira-kira lapan kilogram (kg) bertindak agresif.

"Anggota kami cuba mengumpan kera itu dengan memberinya makan untuk memujuk bagi memudahkan untuk menangkapnya.

"Kera itu berjaya ditangkap tidak lama kemudian dan diserahkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan selanjutnya," katanya.

myMetro 17 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment