December 30, 2015

Dua blok madrasah terbakar

ANGGOTA Bomba memadamkan kebakaran membabitkan tujuh unit. FOTO ihsan Bomba

Alor Setar: Tujuh bilik membabitkan dua blok Madrasah Ahmadiah Bukit Pinang, di sini, terbakar, 10 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Sufian Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.23 pagi dan tiba 12 minit kemudian bersama 14 anggota bomba pelbagai pangkat.

Menurutnya, sebaik tiba pihaknya mendapati tujuh bilik terbakar di mana tiga musnah teruk manakala empat lagi terbakar di bumbung.

"Kita turut dibantu lima pasukan bomba sukarela membabitkan 30 orang dan api dikawal 10.45 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya 11.30 pagi.

"Punca kejadian masih dalam siasatan dan jumlah kerugian dianggarkan RM165,000," katanya.

myMetro 29 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment