December 17, 2015

Dituduh rogol pelajar sekolah

Johor Bahru: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah hotel di Taman Ungku Tun Aminah di sini, Mac lalu.

Tertuduh, Soh Wei Kian, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol mangsa kira-kira jam 1.30 petang, 19 Mac lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Iffa Zarilla Abd Rahman mencadangkan ikat jamin diberikan sebanyak RM30,000, namun mahkamah membenarkan tertuduh diberi jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

myMetro 17 Dis 2015

0 comments:

Post a Comment