December 7, 2015

Ditemui 50m dari lokasi lemas

IHSAN Bomba dan Penyelamat

Batu Pahat: Lelaki berusia dalam lingkungan 20-an yang dilaporkan hilang di Parit Besar, Rengit, 5.40 petang, ditemui lemas 9.30 malam tadi.

Mayat Mohd Faizi Kasim Selamat itu ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

Komander Operasi PBK II, Mahadzir Basir dari Balai Bomba dan Penyelamat Rengit, berkata kejadian disedari selepas pihaknya menerima panggilan orang awam berhubung insiden berkenaan pada 5.49 petang.

"Tiga anggota dikejarkan ke lokasi dan mayat mangsa kemudian ditemui selepas tiga jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan. Mayat diserahkan kepada polis untuk urusan lanjut," katanya.

myMetro 6 Disember 2015


0 comments:

Post a Comment