December 1, 2015

Dibelasah enggan dengar nasihat

Kuala Lumpur: Gara-gara menasihati kekasihnya supaya berhenti berjudi, seorang wanita cedera di muka dan badan akibat dibelasah dengan pengunci stereng semalam.

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, mangsa berusia 27 tahun bersama suspek berada dalam sebuah kenderaan apabila teman lelakinya itu cuba menasihatinya.

Bagaimanapun, suspek berusia 29 tahun menjadi berang apabila ditegur lalu mengambil pengunci stereng dan memukul mangsa sehingga cedera.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, mangsa yang cedera di muka dan lutut dihantar ke hospital untuk rawatan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

"Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memukul wanita itu semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan," katanya ketika ditemui di IPD Sentul, hari ini.

myMetro 1 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment