December 17, 2015

Dapur lima rumah tertimbus

Hujan lebat semalam menyebabkan tanah melungsur. - Foto dan video oleh FARIZ ISWADI ISMAIL

Keadaan bahagian dapur lima rumah yang ditimbus tanah setinggi satu meter. - Foto dan video oleh FARIZ ISWADI ISMAIL

Sepang: Lima keluarga terselamat selepas tanah runtuh menimpa belakang rumah mereka di Kampung Baru Pekan Salak Tinggi di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Yahya Md Sham berkata, bahagian dapur rumah penduduk terbabit tertimbus tanah setinggi satu meter.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan penduduk jam 10.13 pagi dan seramai 10 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian.

"Kejadian berlaku akibat pergerakan tanah di lereng bukit berhampiran lima rumah berkenaan selepas hujan lebat semalam.

"Siasatan mendapati punca kejadian kerana gelungsuran dalam tanah menyebabkan ia menimbus dapur lima rumah penduduk terbabit," katanya ketika dihubungi.

myMetro 13 Dis 2015



0 comments:

Post a Comment