December 17, 2015

Bunuh & campak

MAYAT lelaki ditemui mati di tepi jalan berdekatan Semenyih.

Kajang: Seorang lelaki berusia 34 tahun ditemui mati dengan kesan kecederaan teruk di badan dan muka di tepi jalan berdekatan Semenyih, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi, mayat terbabit ditemui dalam keadaan terbaring dipercayai maut akibat cedera parah selepas dipukul.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, siasatan awal mendapati lelaki terbabit dibelasah di tempat lain sebelum dicampak ke kawasan berkenaan.

Katanya, pemeriksaan juga menemui surat perintah tahan dan lesen milik individu lain dipercayai adiknya.

“Siasatan mendapati ada kecederaan di muka, kepala dan belakang badan mangsa. Mayat dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat.

myMetro 16 Dis 2015


0 comments:

Post a Comment